SOALAN
LAZIM

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai
pradiabetes? Dapatkan jawapan bagi soalan
lazim mengenai pradiabetes seperti di bawah.

Pradiabetes berlaku apabila tubuh badan anda tidak berupaya untuk menjaga paras glukosa darah pada paras sihat. Ini menyebabkan paras glukosa darah anda lebih tinggi dari normal, tetapi tidak cukup tinggi untuk dianggap sebagai menghidap diabetes. Menghidapi pradiabetes bermaksud anda berkemungkinan menghidap diabetes jenis 2 pada masa akan datang1, tetapi terdapat beberapa langkah yang boleh anda amalkan bagi membantu menurunkan risiko menghidapi pradiabetes dan membalikkan pradiabetes anda.

Sebanyak 15.5% individu dewasa di Malaysia yang berusia 20 hingga 79 tahun menghidapi pradiabetes namun, tidak semua yang menghidapi pradiabetes menyedari keadaan mereka2.

Pradiabetes berlaku apabila fungsi insulin di dalam badan anda terjejas. Insulin membantu sel di dalam tubuh badan untuk mengawal glukosa darah. Apabila badan tidak mampu menghasilkan insulin untuk berfungsi secukupnya, glukosa darah yang berlebihan akan terbentuk. Bacaan paras glukosa lebih tinggi dari normal memberi indikasi bahawa individu tersebut menghidapi pradiabetes3.

Pradiabetes merupakan pendahulu kepada penyakit diabetes. Ketinggian paras glukosa darah membezakan tahap pradiabetes dan diabetes jenis 2. Pradiabetes merupakan keadaan ketika paras glukosa darah anda lebih tinggi dari normal tetapi tidak cukup tinggi untuk dianggap sebagai penyakit diabetes jenis 21.

Glukosa puasa terganggu (Impaired fasting glucose – IFG)

basics bm

Ia menggambarkan tahap awal diabetes jenis 21 apabila individu masih berpeluang untuk mencegah atau melengahkan perkembangan kepada diabetes jenis 2 melalui rawatan perubatan dan perubahan gaya hidup.

Sekiranya langkah pencegahan melalui perubahan gaya hidup dan pengambilan ubatan tidak dilakukan, individu yang mempunyai pradiabetes akhirnya akan menghidap penyakit diabetes jenis 23. Malah, sebanyak 5% hingga 10% daripada mereka yang menghidapi pradiabetes akan menghidap penyakit diabetes setiap tahun4.

Ya! Pradiabetes boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan termasuk strok, penyakit mata, penyakit jantung, diabetes jenis 2, penyakit saraf, protein dalam air kencing, dan penyakit buah pinggang5.

Ya. Kebarangkalian seseorang menghidapi pradiabetes dan diabetes jenis 2 akan menjadi lebih tinggi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang menghidapi penyakit ini5.

Anda berisiko menghidap pradiabetes sekiranya anda4:

  • Berumur 30 tahun dan ke atas
  • Berumur ≤ 30 tahun tetapi berisiko tinggi

Faktor-faktor risiko yang boleh meyumbang kepada perkembangan pradiabetes bagi umur ≤ 30 tahun adalah4:

  • Berat badan berlebihan/obesiti
  • Tekanan darah tinggi
  • Paras kolestrol tinggi
  • Mempunyai sejarah melahirkan anak-anak/anak yang mempunyai berat lebih tinggi daripada purata (umumnya melebihi 4kg6)
  • Sejarah diabetes gestasi (mempunyai paras glukosa darah yang tinggi hanya sewaktu hamil7)
  • Sejarah diabetes keluarga

Merokok, mengamalkan diet tidak seimbang dan bersenam kurang dari 3 kali seminggu8.

Kebiasaannya pradiabetes tidak mempunyai sebarang tanda ataupun gejala. Anda boleh mempunyai pradiabetes selama bertahun-tahun tanpa menyedarinya sehingga masalah kesihatan yang lebih serius berlaku5.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk anda menjalani saringan kesihatan secara berkala atau mengambil ujian pengukur risiko pradiabetes atas talian kami untuk mengetahui sekiranya anda berisiko menghidap pradiabetes.

Tanda dan gejala pradiabetes mungkin merangkumi9:

  • Kehausan berlebihan
  • Kerap membuang air kecil
  • Kelaparan berlebihan
  • Keletihan
  • Penglihatan menjadi kabur

Antara tanda-tanda pradiabetes yang lain adalah kulit menjadi gelap pada bahagian tertentu di badan. Kawasan yang terjejas boleh meliputi leher, ketiak, siku, lutut, dan buku jari3.

Skor yang tinggi mungkin menunjukkan anda berisiko tinggi untuk anda menghidapi pradiabetes. Kami mengesyorkan anda berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan paras glukosa darah anda. Sentiasa merujuk kepada doktor anda jika anda mengesyaki bahawa anda mungkin menghidapi pradiabetes dan mulakan pengambilan langkah bagi mengawal paras glukosa darah anda10.

Terdapat beberapa ujian darah untuk mendiagnosis pradiabetes. Contohnya seperti11:

  • Ujian Glycated haemoglobin (A1C)
  • Ujian gula darah selepas berpuasa semalaman
  • Ujian toleransi gula secara oral

Ujian A1C merupakan satu ujian yang biasa dilakukan untuk mendiagnos pradiabetes. Ia merupakan ujian darah yang mengukur purata glukosa darah anda sepanjang 3 bulan terakhir.

Anda perlu mendapatkan ujian saringan pradiabetes sekiranya anda berumur 30 tahun dan ke atas, atau anda mengalami satu atau lebih faktor risiko pradiabetes4:

  • Berat badan berlebihan/obesiti
  • Tekanan darah tinggi
  • Paras kolestrol abnormal
  • Mempunyai sejarah melahirkan anak-anak/anak yang mempunyai berat lebih tinggi daripada purata (umumnya melebihi 4kg6)
  • Sejarah diabetes gestasi (mempunyai paras glukosa darah yang tinggi hanya sewaktu hamil7)
  • Sejarah diabetes keluarga

Anda perlu meneruskan ujian saringan diabetes setiap tahun walaupun saringan pertama pradiabetes anda mencatatkan bacaan negatif12.

Sekiranya anda mempunyai faktor risiko atau mengalami sebarang gejala pradiabetes, anda harus merujuk kepada doktor mengenai pemeriksaan paras glukosa darah anda8.

Ujian darah untuk memeriksa status pradiabetes anda biasanya dilakukan semasa pemeriksaan kesihatan tahunan anda, tetapi ia bergantung kepada pakej saringan kesihatan yang diminta13.

Sekiranya pemeriksaan pradiabetes dan diabetes tidak termasuk dalam pakej pemeriksaan kesihatan tahunan anda, adalah penting untuk anda meminta doktor menyertakan ujian ini dan jangan menangguh pemeriksaan kesihatan tahunan anda.

Anda boleh menghidapi pradiabetes selama bertahun-tahun tanpa gejala yang jelas, menyebabkan ia tidak dapat dikesan sehingga anda mengalami masalah kesihatan yang lebih serius. Sekiranya anda bimbang berkemungkinan menghidapi pradiabetes, berbincanglah dengan doktor mengenai ujian glukosa darah anda5.

Menjalani ujian pradiabetes dapat membantu anda mengesan keadaannya dan menguruskannya sebelum terlambat. Lebih daripada 84% orang yang mempunyai pradiabetes tidak menyedari bahawa mereka berada di dalam keadaan ini5, dan orang yang menghidapi pradiabetes kebiasaannya akan menghidap penyakit diabetes jenis 2 dalam masa 5 tahun jika tidak dikesan dan diuruskan4. Pradiabetes juga boleh menyebabkan komplikasi kesihatan lain termasuk strok, penyakit mata, penyakit jantung, diabetes jenis 2, penyakit saraf, protein dalam air kencing, dan penyakit buah pinggang5.

Ya. Anda boleh mencegah pradiabetes dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan pengambilan ubatan jika perlu14.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh lakukan untuk mengurangkan risiko anda15:

  • Menurunkan berat badan
  • Banyak bergerak
  • Kerap makan makanan yang sihat

Dapatkan nasihat doktor mengenai perubahan lain yang anda boleh lakukan untuk mencegah pradiabetes.

Ya. Rawatan perubatan dan pengubahsuaian gaya hidup telah terbukti dapat melengah atau mencegah diabetes jenis 216.

Bincang dengan doktor anda untuk mengetahui kaedah yang paling sesuai untuk anda.

Gaya hidup sihat adalah langkah pertama untuk membantu anda menurunkan paras glukosa darah anda kepada bacaan normal, atau sekurang-kurangnya dapat mencegahkannya daripada meningkat ke tahap yang boleh dikenalpasti sebagai diabetes jenis 2. Sekiranya anda berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2, doktor anda mungkin akan mengesyorkan pengambilan ubatan3.

Mengamalkan pemakanan sihat dapat membantu mengekalkan paras glukosa darah yang normal.

Melakukan senaman dengan kerap dan konsisten dapat membantu menurunkan paras glukosa darah anda dengan meningkatkan tahap kepekaan insulin, yang membolehkan sel-sel di dalam badan anda menggunakan insulin dengan lebih berkesan3.

Pelbagai jenis makan boleh membantu anda untuk mencapai matlamat tanpa menjejaskan rasa atau nutrisi, selagi anda mengikuti 2 petua ini3:

  • Pilih makanan rendah lemak dan kalori, serta tinggi serat.
  • Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh.

Aktiviti fizikal yang kerap tidak bermaksud anda perlu kerap ke gimnasium. Memadai jika anda melakukan aktiviti sederhana selama 30 minit pada setiap hari5.

Soalan Lazim ini disediakan untuk maklumat dan kemudahan anda. Ia tidak bertujuan untuk dijadikan nasihat perubatan.
Sila dapatkan nasihat doktor untuk sebarang pertanyaan atau keraguan mengenai pradiabetes.

REFERENCES

  1. Adam G Tabák, Christian Herder, Wolfgang Rathmann, Eric J Brunner and Mika Kivimäki. 2012. Prediabetes: a high-risk state for diabetes development. Lancet 379(9833): 2279-2290. doi:10.1016/S0140-6736(12)60283-9.
  2. International Diabetes Federation. 2020. Malaysia: Diabetes Report 2010 – 2045.
    https://www.diabetesatlas.org/data/en/country/120/
    my.html.
  3. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. 2018, May. Insulin Resistance & Prediabetes. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/what-is-diabetes/prediabetes-insulin-resistance#develop.
  4. Mohamed, M. July 2020. Management of prediabetes in Malaysian population: An experts’ opinion. Medical Journal of Malaysia, 420.
  5. Centers for Disease Control and Prevention. 2020, June 11. The Surprising Truth About Prediabetes. https://www.cdc.gov/diabetes/library/features/truth-about-prediabetes.html.
  6. Ministry of Health Malaysia. 2021. Large For Gestational Age (LGA). http://www.myhealth.gov.my/en/large-for-gestational-age-lga/.
  7. Elpida Vounzoulaki, Kamlesh Khunti, Sophia C Abner, Bee K Tan, Melanien J Davies and Clare L Gillies. 2020. Progression to type 2 diabetes in women with a known history of gestational diabetes: systematic review and meta-analysis. BMJ 369: m1361. doi: https://doi.org/10.1136/bmj.m1361.
  8. Centers for Disease Control and Prevention. 2021, April 23. Diabetes Risk Factors. https://www.cdc.gov/diabetes/basics/risk-factors.html.
  9. American Diabetes Association. 2021. Diabetes Symptoms. https://www.diabetes.org/diabetes/type-1/symptoms.
  10. Lim, H. M., Chia, Y. C., & Koay, Z. L. (2020). Performance of the Finnish diabetes risk score (FINDRISC) and modified Asian FINDRISC (ModAsian FINDRISC) for screening of undiagnosed type 2 diabetes mellitus and dysglycaemia in primary care. Primary Care Diabetes, 14(5), 494-500.
    https://doi.org/10.1016/j.pcd.2020.02.008.
  11. Burant CF, Young LA, American Diabetes Association. Medical Management of Type 2 Diabetes. 7th ed. Burant CF, Young LA, Eds. Alexandria, VA, American Diabetes Association, 2012.
    https://care.diabetesjournals.org/lookup/google-scholar?link_type=googlescholar&gs_type=article&q_txt=.+Medical+Management+of+Type+2+Diabetes.+7th+ed.+Burant+CF%2C+Young+LA%2C+Eds.+Alexandria%2C+VA%2C+American+Diabetes+Association%2C+2012.
  12. Ministry of Health. 2015. Malaysian T2DM guidelines clinical practice guideline. 5th edition. MOH/P/PAK/303.15(GU). https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan
    /CPG/Endocrine/3a.pdf.
  13. Ministry of Health Malaysia. 2021. Pemeriksaan Kesihatan. https://hkkb.moh.gov.my/orang-awam-hkkb/maklumat-bayaran-caj?download=32:caj-bayaran-warganegara-pemeriksaan-kesihatan-pdf.
  14. American Diabetes Association. 2020. With prediabetes, action is the best medicine. h ttps://www.diabetes.org/diabetes-risk/prediabetes.
  15. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. 2016, December. Preventing Type 2 Diabetes. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/preventing-type-2-diabetes.
  16. Diabetes Prevention Program Research Group. 2002. Reduction in the Incidence Of Type 2 Diabetes with Lifestyle Intervention or Metformin. The New England Journal of Medicine. 346; 6: 393-403.

REFERENCES

  1. Adam G Tabák, Christian Herder, Wolfgang Rathmann, Eric J Brunner and Mika Kivimäki. 2012. Prediabetes: a high-risk state for diabetes development. Lancet 379(9833): 2279-2290. doi:10.1016/S0140-6736(12)60283-9.
  2. International Diabetes Federation. 2020. Malaysia: Diabetes Report 2010 – 2045.
    https://www.diabetesatlas.org/data/en/country/120/
    my.html.
  3. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. 2018, May. Insulin Resistance & Prediabetes. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/what-is-diabetes/prediabetes-insulin-resistance#develop.
  4. Mohamed, M. July 2020. Management of prediabetes in Malaysian population: An experts’ opinion. Medical Journal of Malaysia, 420.
  5. Centers for Disease Control and Prevention. 2020, June 11. The Surprising Truth About Prediabetes. https://www.cdc.gov/diabetes/library/features/truth-about-prediabetes.html.
  6. Ministry of Health Malaysia. 2021. Large For Gestational Age (LGA). http://www.myhealth.gov.my/en/large-for-gestational-age-lga/.
  7. Elpida Vounzoulaki, Kamlesh Khunti, Sophia C Abner, Bee K Tan, Melanien J Davies and Clare L Gillies. 2020. Progression to type 2 diabetes in women with a known history of gestational diabetes: systematic review and meta-analysis. BMJ 369: m1361. doi: https://doi.org/10.1136/bmj.m1361.
  8. Centers for Disease Control and Prevention. 2021, April 23. Diabetes Risk Factors. https://www.cdc.gov/diabetes/basics/risk-factors.html.
  9. American Diabetes Association. 2021. Diabetes Symptoms. https://www.diabetes.org/diabetes/type-1/symptoms.
  10. Lim, H. M., Chia, Y. C., & Koay, Z. L. (2020). Performance of the Finnish diabetes risk score (FINDRISC) and modified Asian FINDRISC (ModAsian FINDRISC) for screening of undiagnosed type 2 diabetes mellitus and dysglycaemia in primary care. Primary Care Diabetes, 14(5), 494-500.
    https://doi.org/10.1016/j.pcd.2020.02.008.
  11. Burant CF, Young LA, American Diabetes Association. Medical Management of Type 2 Diabetes. 7th ed. Burant CF, Young LA, Eds. Alexandria, VA, American Diabetes Association, 2012.
    https://care.diabetesjournals.org/lookup/google-scholar?link_type=googlescholar&gs_type=article&q_txt=.
    +Medical+Management+of+Type+2+Diabetes.+
    7th+ed.+Burant+CF%2C+Young+LA%2C+Eds.
    +Alexandria%2C+VA%2C+American
    +Diabetes+Association%2C+2012.