KOMORBIDITI PRADIABETES
PENYAKIT KARDIOVASKULAR
PEMBUNUH UTAMA MALAYSIA
Penyakit kardiovaskular umumnya dirujuk sebagai
sakit jantung dan strok.

Sekiranya anda menghidap pradiabetes, adalah amat penting untuk anda mengetahui risiko anda mengalami penyakit kardiovaskular dan membezakan fakta daripada mitos.
“Pradiabetes dan diabetes tidak akan menyebabkan sakit jantung.”
Kawalan glokusa darah kurang berkesan untuk membaiki salur darah besar yang sudah mengalami keradangan, namun langkah ini tetap boleh mencegah komplikasi seperti sakit buah pinggang, kehilangan penglihatan dan kerosakan saraf1.
Panduan:
Jangan abaikan langkah-langkah untuk menurunkan
paras
kolesterol darah dan tekanan darah tinggi1.
Sekiranya anda menghidap pradiabetes, adalah amat penting untuk anda mengetahui risiko anda mengalami penyakit kardiovaskular dan membezakan fakta daripada mitos.
“Jika anda menghidap sakit jantung, anda patut mengurangkan makanan berlemak.”
Walaupun anda perlu mengurangkan lemak tepu dan lemak trans dalam diet, lemak tidak tepu yang berbentuk cecair pada suhu bilik boleh membantu menurunkan paras kolesterol darah, melegakan keradangan dan menstabilkan rentak jantung1,2.
Panduan:
Masukkan produk tenusu rendah lemak, ikan berlemak, kacang, dan minyak zaitun dalam diet anda. Jika anda makan daging, pastikan anda pilih bahagian tanpa lemak, dan buang kulit daripada ayam yang anda makan1.
Sekiranya anda menghidap pradiabetes, adalah amat penting untuk anda mengetahui risiko anda mengalami penyakit kardiovaskular dan membezakan fakta daripada mitos.
“Saya terlalu muda untuk bimbang tentang sakit jantung.”
Serangan jantung pada usia 20-an dan 30-an kini semakin umum, dengan satu daripada lima serangan jantung dialami oleh orang yang berusia di bawah 40 tahun3.
Jika kita tidak jaga kesihatan, plak boleh berkumpul dalam arteri seawal zaman kanak-kanak dan remaja dan menyebabkan arteri tersekat.
Panduan:
Menyingkirkan sebarang faktor yang boleh menyebabkan anda menghadapi risiko masalah jantung seawal yang mungkin.
Perangkaan penting



Penyakit kardiovaskular kekal menjadi pembunuh nombor 1 di Malaysia4.



Hampir satu dalam setiap empat kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular4.



Penyakit kardiovaskular bukan sahaja menyerang dewasa yang lebih tua. Ini disebabkan sebahagiannya oleh penyakit tersembunyi, seperti pradiabetes, yang kini dialami pada usia lebih muda.



Individu yang menghidap pradiabetes adalah 15% lebih cenderung untuk menghidap penyakit kardiovaskular5. Jika seseorang mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular, peratusannya meningkat kepada 37%5.



Individu yang menghidap pradiabetes adalah 25% lebih cenderung mengalami serangan jantung berbanding individu yang mempunyai paras gula darah yang sihat6.



Individu yang menghidap pradiabetes adalah 45% lebih cenderung untuk memerlukan prosedur perubatan untuk membuka penyumbatan arteri jantung, dan adalah 200% lebih cenderung untuk memerlukan pembedahan pintasan jantung untuk menyediakan laluan pintasan baharu untuk aliran darah6.
Mengapakah pradiabetes menyebabkan
penyakit
kardiovaskular?
Mengapakah pradiabetes menyebabkan penyakit kardiovaskular?6
Peningkatan paras glukosa darah untuk tempoh masa yang lama boleh beransur-ansur merosakkan salur darah yang membekalkan darah kepada jantung, dan saraf yang mengawal jantung.
Pradiabetes dan penyakit kardiovaskular mempunyai tanda-tanda yang sama: tekanan darah tinggi, kolesterol LDL tinggi (“kolesterol jahat”), dan trigliserida tinggi.
Peningkatan paras glukosa darah untuk tempoh masa yang lama boleh beransur-ansur merosakkan salur darah yang membekalkan darah kepada jantung, dan saraf yang mengawal jantung.


Pradiabetes dan penyakit kardiovaskular mempunyai tanda-tanda yang sama: tekanan darah tinggi, kolesterol LDL tinggi (“kolesterol jahat”), dan trigliserida tinggi.


Apakah jenis-jenis
penyakit
kardiovaskular utama
yang
dikaitkan dengan pradiabetes?6
Apakah jenis-jenis penyakit kardiovaskular utama yang dikaitkan dengan pradiabetes?6
Aterosklerosis



Aterosklerosis ialah proses pembentukan plak berlemak di dalam dinding arteri dan menyebabkan arteri menjadi sempit dan menyekat aliran darah ke organ penting. Jika berlaku dekat dengan jantung, ia boleh menyebabkan penyakit arteri koronari dan serangan jantung. Di dalam otak, ia menyebabkan strok.
Keadaan ini mengambil masa bertahun-tahun untuk membentuk, dan bermula seawal zaman kanak-kanak.6.

Fakta
Punca utama tunggal bagi masalah ini ialah merokok dan juga asap rokok sampingan6!
Penyakit arteri koronari (CAD)



50 orang di Malaysia meninggal dunia akibat penyakit jantung koronari (juga dikenali sebagai penyakit jantung iskemia) setiap hari – punca utama kematian akibat serangan jantung mengejut dan juga kematian secara umum6.
Bagi sesetengah orang, tanda pertama CAD ialah serangan jantung, apabila peluang untuk hidup dan pulih adalah kecil7.
serangan jantung



Rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 20-an dan 30-an kini mengalami serangan jantung (juga dikendali sebagai infarksi miokardium). Secara purata, kira-kira 140 orang dalam setiap 100,000 orang akan mengalami serangan jantung dalam hidup mereka.
Serangan jantung dialami dalam masa hanya beberapa minit, jadi rawatan perubatan yang diterima dalam masa 60 minit selepas gejala pertama amat penting untuk menentukan peluang hidup dan pemulihan. Tetapi separuh daripada individu yang meninggal dunia akibat serangan jantung meninggal dalam tempoh jam pertama yang dikenali sebagai “tempoh emas”, sebelum mereka sampai di hospital untuk menerima penjagaan perubatan.
Apa yang menyukarkan rawatan ialah orang yang mempunyai paras glukosa darah tinggi (pradiabetes dan diabetes) mungkin tidak memperlihatkan gejala atau mengalami gejala yang sangat ringan9.
Kegagalan jantung kongestif



Walaupun bunyinya agak serius, kegagalan jantung kongestif tidak bermaksud jantung telah gagal sepenuhnya. Ia merupakan keadaan di mana jantung tidak lagi mengepam darah dengan cukup baik untuk memenuhi keperluan badan.
Jangka hayat pesakit berbeza-beza mengikut umur, keadaan dan fungsi jantung9. Daripada semua orang yang mengalami masalah ini, lebih 50% akan terus hidup selama 5 tahun manakala kira-kira 35% boleh hidup selama 10 tahun10.

Fakta
Serangan jantung dan sakit jantung koronari adalah beberapa faktor yang boleh melemahkan jantung dan menyebabkan kegagalan jantung10.
Jika anda mengalami mana-mana gejala umum ini10, telefon 999 serta-merta untuk mengelakkan kerosakan lanjut kepada jantung, otak dan salur darah anda.




Jaga kesihatan jantung anda!
Pengesanan, rawatan dan pengambilan ubat awal bagi pradiabetes dan penyakit kardiovaskular memberikan peluang terbaik untuk mencapai hasil terbaik.
Walaupun jika pradiabetes tidak menular menjadi diabetes, pradiabetes boleh meningkatkan kemungkinan seseorang mengalami penyakit kardiovaskular11.
Ketahui tentang risiko pradiabetes anda dan ambil
langkah
yang diperlukan untuk melindungi jantung anda.

The information contained herein develop in collaboration with Dr Noorfaizan Saaidin,
Consultant Cardiologist,
KPJ Selangor Specialist Hospital
References:
1. Harvard Health Publishing (2013). 10 myths about heart disease. Harvard Medical School. https://www.health.harvard.edu/heart-health/10-myths-about-heart-disease.
2. Harvard T.H. Chan (n.d.) Types of Fat. The President and Fellows of Harvard College. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/what-should-you-eat/fats-and-cholesterol/types-of-fat/.
3. Cardio Metabolic Institute (n.d.) What’s behind the rise in heart attacks among young people? Blog. https://www.cminj.com/blog/whats-behind-the-rise-in-heart-attacks-among-young-people.
4. Umadevan, D. (2020). What is a heart attack? Columbia Asia. https://www.columbiaasia.com/malaysia/health-articles/what-is-a-heart-attack.
5. The BMJ (2020). Prediabetes linked to increase risk of heart disease and death. https://www.bmj.com/company/newsroom/
prediabetes-linked-to-increased-risk-of-heart-disease-and-death/.
6. Endocrine Society (2022). Study finds strong association between prediabetes and heart attack risk. https://www.endocrine.org/news-and-advocacy/news-room/2022/study-finds-strong-association-between-prediabetes-and-heart-attack-risk.
7. Brannick, B. & Dagogo-Jack, S. (2018). Prediabetes and cardiovascular disease: Pathophysiology and interventions for prevention and risk reduction. Endocrinology and metabolism clinics of North America, 47(1), 33-50. DOI: 10.1016/j.ecl.2017.10.001. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/
PMC5806140/.
8. Ramakrishnan, N. A. L. (2020). More Malaysians are suffering heart attacks at a younger age. Columbia Asia. https://www.columbiaasia.com/malaysia/health-articles/more-malaysians-are-suffering-heart-attacks-at-a-younger-age.
9. Bernama. (2019). Heart disease kills 50 Malaysians every day. New Straits Time. https://www.nst.com.my/news/nation/2019/11/
541868/heart-disease-kills-50-malaysians-every-day.
10. National Center for Chronic Disease Prevention and Health Promotion. (n.d.). Coronary Artery Disease. Heart Disease. https://www.cdc.gov/heartdisease/
coronary_ad.htm#print.
11. National Heart Lung and Blood Institute. (2011). Don’t Take a Chance With a Heart Attack: Know the Facts and Act Fast. U.S. Department of Health and Human Services. https://www.nhlbi.nih.gov/files/docs/public/heart/
heart_attack_fs_en.pdf.
12. Johnson, J. (2022). How long can you live with congestive heart failure? Medical News Today. https://www.medicalnewstoday.com/articles/321538.
13. Mayo Clinic (n.d.). Heart disease. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/symptoms-causes/syc-20353118.
14. American College of Cardiology. (2021). Prediabetes may not be as benign as once thought. https://www.acc.org/about-acc/press-releases/2021/05/04/18/27/prediabetes-may-not-be-as-benign-as-once-thought.
Approval Code: MY-NOND-00136