prediabetes 01

Pradiabetes

Pradiabetes boleh menyebabkan komplikasi kesihatan lain seperti:

human figure 01

Apabila diserang strok, saluran darah yang rosak atau tersumbat memutuskan bekalan darah ke otak2. Diabetes boleh menyebabkan badan anda lebih sukar bertindak balas kepada strok kerana gula darah berlebihan menyebabkan pembekuan atau pemendapan lemak dalam saluran darah dan menjadikan darah lebih sukar untuk sampai ke otak2.

Paras gula tinggi dalam darah anda boleh merosakkan saraf yang mengawal jantung dan saluran darah anda yang lantas meningkatkan risiko anda mengalami sakit jantung3.
Paras gula darah yang tinggi dalam jangka panjang boleh merosakkan saraf dan menyebabkan kesukaran untuk rasa sakit dan panas yang boleh mengakibatkan kecederaan tidak disedari dan meningkatkan risiko amputasi4.
Penghidap diabetes berdepan dengan risiko kehilangan fungsi buah pinggang kerana diabetes menjejaskan arteri badan dan buah pinggang pula menapis darah daripada banyak arteri5.
Paras glukosa darah yang tinggi boleh menyebabkan salur darah mata bengkak dan membocorkan cecair ke dalam bahagian belakang mata. Jika tidak dirawat, hakikat ini bukan sahaja boleh menjejaskan penglihatan bahkan boleh mengakibatkan buta7.
Diabetes jenis 2 adalah masalah metabolik yang dialami apabila badan mula mengalami rintangan terhadap insulin dan ini menyebabkan paras gula darah tinggi1.
Protein dalam air kencing menandakan kerosakan buah pinggang yang boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang, sehingga memerlukan dialisis secara berkala atau pemindahan buah pinggang6.

Apa yang menyebabkan anda menghadapi risiko

pradiabetes?

Berat badan berlebihan atau kegemukan

Maklumat lanjut

Berat badan berlebihan atau kegemukan

Semakin lebih berat badan , terutama sekali di sekitar abdomen, maka semakin tinggi rintangan sel-selnya kepada insulin8. Risiko rintangan insulin meningkat bagi lelaki dengan ukur lilit pinggang melebihi 40 inci dan bagi wanita dengan ukur lilit pinggang melebihi 35 inci13.

Tekanan darah tinggi

Maklumat lanjut

Tekanan darah tinggi

Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi sering mengalami rintangan insulin dan risiko lebih tinggi menghidap diabetes. Tekanan darah tinggi adalah dua kali ganda lebih kerap dialami oleh penghidap diabetes berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes10.

Sejarah diabetes gestasi

Maklumat lanjut

Sejarah diabetes gestasi

Wanita yang melahirkan bayi seberat 4 kilogram atau lebih mempunyai risiko lebih tinggi mengalami pradiabetes11. Mereka yang mengalami diabetes gestasi semasa mengandung dan anak-anak mereka juga menghadapi risiko lebih tinggi menghidap pradiabetes11.

Sejarah diabetes keluarga

Maklumat lanjut

Sejarah diabetes keluarga

Pradiabetes mempunyai sekurang-kurangnya sedikit komponen genetik. Risiko seseorang mengalami pradiabetes adalah lebih tinggi jika ahli keluarga terdekat mereka menghidap diabetes jenis 2 kerana beliau mungkin mewarisi kecenderungan kepada keadaan ini9.

Paras Kolesterol Abnormal

Maklumat lanjut

Paras Kolesterol Abnormal

Paras kolesterol darah atau lipid abnormal menandakan rintangan insulin dan boleh menjadi petanda pradiabetes12.

Rujukan:

  1. International Diabetes Federation. 2020. Type 2 Diabetes. https://www.idf.org/aboutdiabetes/type-2-diabetes.html.
  2. Pietrangelo, A. (n.d.). Diabetes and stroke: Is there a connection? Healthline. https://www.healthline.com/health/diabetes/diabetes-and-stroke
  3. The National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. 2017. Diabetes, Heart Disease, and Stroke. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/preventing-problems/heart-disease-stroke#:~:text=Over%20time%2C%20high%
    20blood%20glucose,you%20will%20develop%20heart%
    20disease.&text=People%20with%20diabetes%20tend%
    20to,age%20than%20people%20without%20diabetes.
  4. Aaron Vinik, Carolina Casellini and Marie-Laure Nevoret. 2018. Diabetic Neuropathies. Endotext. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279175/.
  5. Diabetic kidney disease. (2017, February 11). National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/preventing-problems/diabetic-kidney-disease
  6. Topham P. 2009. Proteinuric renal disease.Clinical Medicine (London). 9(3): 284-289. doi:10.7861/clinmedicine.9-3-284.
  7. National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK). 2017. Diabetic Eye Disease. NIDDK, May. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/preventing-problems/diabetic-eye-disease.
  8. Mayo Clinic. 2020. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prediabetes/symptoms-causes/syc-20355278#:~:text=Your%20risk%20of%
    20prediabetes%20increases,more%20likely%20to%
    20develop%20prediabetes.
  9. Centers for Disease Control and Prevention. 2020. The Surprising Truth About Prediabetes. https://www.cdc.gov/diabetes/library/features/truth-about-prediabetes.html.
  10. John R. Petrie, Tomasz J. Guzik, and Rhian M. Touyz. 2018. Diabetes, Hypertension, and Cardiovascular Disease: Clinical Insights and Vascular Mechanisms. The Canadian Journal of Cardiology 34(5): 575–584. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5953551/.
  11. Lynn R. Mack and Paul G. Tomich. 2017. Gestational Diabetes: Diagnosis, Classification, and Clinical Care. Obstetrics and Gynecology: Maintenance of Knowledge 44 (2): 207–217. http://dx.doi.org/10.1016/j.ogc.2017.02.002.
  12. Gylling H, Hallikainen M, Pihlajamäki J, et al. Insulin sensitivity regulates cholesterol metabolism to a greater extent than obesity: Lessons from the METSIM Study. Journal of Lipid Research. 51(8): 2422-2427. doi:10.1194/jlr.P006619.
  13. Insulin resistance & prediabetes. (2018, May 22). National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/what-is-diabetes/prediabetes-insulin-resistance

*Apabila membaca Laman Web ini, ingatlah bahawa maklumat yang terkandung di dalam ini adalah untuk tujuan rujukan umum sahaja. Kandungannya tidak harus untuk digunakan sebagai pengganti nasihat pakar penjagaan kesihatan profesional. Anda hendaklah merujuk pakar penjagaan kesihatan profesional untuk maklumat atau perbincangan lanjut tentang sebarang masalah atau perkara tertentu yang terkandung dalam maklumat yang disediakan di sini sebelum mengambil sebarang tindakan.