Sukar untuk mengetahui apakah maklumat yang tepat kerana wujud beberapa salah tanggapan tentang pradiabetes yang sering dilaporkan sebagai fakta. Berikut ialah enam mitos atau salah tanggapan tentang pradiabetes – dan fakta yang membuktikan bahawa ia tidak tepat.

MITOS

Saya menghidap diabetes kerana saya mewarisi pradiabetes daripada ibu bapa saya.
Maklumat lanjut

Fakta

Memang benar bahawa diabetes boleh diwarisi dalam keluarga1, tetapi pradiabetes tidak menjamin anda akan menghidap diabetes, terutamanya jika dikesan awal dan langkah pencegahan diambil5.

MITOS

Saya akan menghidap diabetes jenis 2 jika saya disahkan mengalami pradiabetes .
Maklumat lanjut

Fakta

Meskipun pradiabetes meningkatkan risiko anda menghidap diabetes jenis 2, ia tidak semestinya berlaku kerana pradiabetes boleh dicegah dan diuruskan dengan perubahan gaya hidup yang sewajarnya dan rawatan perubatan jika perlu2.

MITOS

Makan terlalu banyak gula menyebabkan diabetes.
Maklumat lanjut

Fakta

Diabetes jenis 1 umumnya disebabkan oleh ciri genetik dengan faktor tidak diketahui yang mencetus penyakit1; Diabetes jenis 2 pula disebabkan oleh faktor gaya hidup dan genetik. Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan orang ramai mengelakkan minuman manis bergula kerana kaitannya dengan diabetes jenis 2, tetapi ia bukanlah satu-satunya faktor bagi diabetes3.

Mitos

Buah-buahan adalah sihat, jadi anda boleh makan sebanyak yang anda mahu.
Maklumat lanjut

Fakta

Buah-buahan adalah satu keperluan dalam diet anda kerana kandungan serat, vitamin dan zat galian yang secara keseluruhannya dianggap amat sihat4. Bagaimanapun, pengambilan secara berlebihan boleh menjejaskan kawalan gula darah. Sebab itulah anda perlu mendapatkan nasihat daripada pakar diet anda untuk menentukan jumlah dan kekerapan pengambilan buah-buahan4.

MITOS

Pradiabetes tidak boleh dibalikkan.
Maklumat lanjut

Fakta

Pradiabetes boleh dibalikkan. Anda boleh mencegah atau melengahkan pradiabetes daripada berkembang menjadi diabetes jenis 2 dengan perubahan gaya hidup sihat dan rawatan perubatan jika perlu5.

Mitos

Pradiabetes bukan satu masalah kesihatan dan saya tidak perlu melakukan apa-apa pun.
Maklumat lanjut

Fakta

Pradiabetes adalah sejenis masalah kesihatan yang serius kerana ia meningkatkan risiko anda menghidap diabetes jenis 2 dan penyakit komorbiditi6 yang berkaitan.

Rujukan:

  1. American Diabetes Association. 2020. Learn the Genetics of Diabetes. https://www.diabetes.org/diabetes/genetics-diabetes.
  2. American Association of Clinical Endocrinologists. 2019. Management of Prediabetes. https://www.aace.com/disease-state-resources/diabetes/depth-information/management-prediabetes.
  3. American Diabetes Association. 2020. Myths about Diabetes. https://www.diabetes.org/diabetes-risk/prediabetes/myths-about-diabetes#:~:text=The%20American%20Diabetes%20Association%20recommends,calories%20in%20just%20one%20serving.
  4. Diabetes UK. Myth: I can’t eat fruit if I have diabetes. The British Diabetic Association, https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/eating-with-diabetes/diabetes-food-myths/myth-fruit-diabetes.
  5. American Diabetes Association. 2020. With prediabetes, action is the best medicine. https://www.diabetes.org/diabetes-risk/prediabetes.
  6. Mayo Clinic. 2020. Prediabetes. Mayo Foundation for Medical Education and Research (MFMER), https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prediabetes/symptoms-causes/syc-20355278.
  1. American Diabetes Association. 2020. Learn the Genetics of Diabetes. https://www.diabetes.org/diabetes/genetics-diabetes.
  2. American Association of Clinical Endocrinologists. 2019. Management of Prediabetes. https://www.aace.com/disease-state-resources/diabetes/depth-information/management-prediabetes.
  3. American Diabetes Association. 2020. Myths about Diabetes. https://www.diabetes.org/diabetes-risk/prediabetes/myths-about-diabetes#:~:text=The%20American%20Diabetes%20Association
    %20recommends,calories%20in%20just%20one%20serving.
  4. Diabetes UK. Myth: I can’t eat fruit if I have diabetes. The British Diabetic Association, https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/
    eating-with-diabetes/diabetes-food-myths/myth-fruit-diabetes.
  5. American Diabetes Association. 2020. With prediabetes, action is the best medicine. https://www.diabetes.org/diabetes-risk/prediabetes.
  6. Mayo Clinic. 2020. Prediabetes. Mayo Foundation for Medical Education and Research (MFMER), https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prediabetes/symptoms-causes/syc-20355278.

*Apabila membaca Laman Web ini, ingatlah bahawa maklumat yang terkandung di dalam ini adalah untuk tujuan rujukan umum sahaja. Kandungannya tidak harus untuk digunakan sebagai pengganti nasihat pakar penjagaan kesihatan profesional. Anda hendaklah merujuk pakar penjagaan kesihatan profesional untuk maklumat atau perbincangan lanjut tentang sebarang masalah atau perkara tertentu yang terkandung dalam maklumat yang disediakan di sini sebelum mengambil sebarang tindakan.