Ketahui risiko anda mengalami pradiabetes, yang merupakan satu tanda amaran.

Ketahui risiko anda mengalami pradiabetes, yang merupakan satu tanda amaran.

Apakah Pradiabetes?

Jika paras glukosa darah anda lebih tinggi daripada normal, tetapi tidak cukup tinggi untuk dianggap sebagai menghidap diabetes, keadaan anda dinamakan pradiabetes. Hampir kebanyakan penghidap diabetes jenis 2 mengalami pradiabetes terlebih dahulu1. Meskipun pradiabetes tidak menjamin anda akhirnya akan menghidap diabetes, kemungkinan anda mengalaminya adalah amat tinggi jika anda tidak memandang serius keadaan ini1.

Ternyata, gejala-gejala pradiabetes mungkin tidak jelas. Hanya kira-kira 10 peratus penghidap pradiabetes yang sedar bahawa mereka mengalaminya kerana ramai yang tidak menunjukkan gejala2. Di Malaysia, kadar kelaziman masalah toleransi glukosa terganggu (IGT) ialah 15.5%, dengan3 3.4 juta orang dewasa berumur 20 hingga 79 tahun mengalami IGT. Bagaimanapun, apa yang diketahui ialah 1 dalam 5 rakyat Malaysia didapati menghidap diabetes, atau kira-kira 3.9 juta orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas4, satu kadar yang agak tinggi.

Apakah gejala Pradiabetes?5

Ini merupakan gejala-gejala pradiabetes.

Mujurlah sekalipun anda mengalami pradiabetes, diabetes boleh dielakkan dengan pengurusan diet dan gaya hidup yang baik serta rawatan perubatan jika perlu6.

Anda hendaklah berunding dengan doktor anda dan menjalani ujian pradiabetes.

Tidak kira bagaimana anda merawatnya, pengesahan pradiabetes memberi anda peluang untuk membuat perubahan positif dan menangguhkan perkembangan penyakit kepada diabetes.

Bagaimana Saya Boleh Mencegah Pradiabetes Saya Daripada Merosot Dan Menjadi Diabetes Jenis 2?

Pradiabetes ialah tanda amaran yang menunjukkan bahawa anda berisiko menghidap diabetes jenis 2. Bagaimanapun, dengan menjalani pemeriksaan doktor dan mengikut nasihatnya, anda memberi peluang kepada diri sendiri untuk membalikkan pradiabetes dan mengawal paras glukosa darah7 anda. Kadangkala kombinasi diet yang lebih sihat dengan senaman sudah cukup untuk mencapai matlamat ini. Jika keadaan anda bertambah teruk, doktor anda mungkinmengesyorkan pengambilan ubat1 .

Rujukan:

  1. Adam G Tabák, Christian Herder, Wolfgang Rathmann, Eric J Brunner and Mika Kivimäki. 2012. Prediabetes: a high-risk state for diabetes development. Lancet 379(9833): 2279-2290. doi:10.1016/S0140-6736(12)60283-9.
  2. Centers for Disease Control and Prevention. 2020. The Surprising Truth About Prediabetes. https://www.cdc.gov/diabetes/library/features/truth-about-prediabetes.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Ffeatures%2Fdiabetesprevention%2Findex.html.
  3. International Diabetes Federation. 2020. Malaysia: Diabetes Report 2010 – 2045. https://www.diabetesatlas.org/data/en/country/120/my.html.
  4. National Institutes of Health (NIH). 2018. National Health and Morbidity Survey 2019. Ministry of Health Malaysia. http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS2019/Infographic_Booklet_NHMS_2019-English.pdf.
  5. Mayo Clinic. 2020. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prediabetes/symptoms-causes/syc-20355278#:~:text=Your%20risk%20of%20prediabetes%20increases,more%20likely%20to%20develop%20prediabetes.
  6. American Association of Clinical Endocrinologists. 2019. Management of Prediabetes. https://www.aace.com/disease-state-resources/diabetes/depth-information/management-prediabetes.
  7. American Diabetes Association. 2020. With prediabetes, action is the best medicine. https://www.diabetes.org/diabetes-risk/prediabetes.

Rujukan:

  1. Adam G Tabák, Christian Herder, Wolfgang Rathmann, Eric J Brunner and Mika Kivimäki. 2012. Prediabetes: a high-risk state for diabetes development. Lancet 379(9833): 2279-2290. doi:10.1016/S0140-6736(12)60283-9.
  2. Centers for Disease Control and Prevention. 2020. The Surprising Truth About Prediabetes. https://www.cdc.gov/diabetes/library/features/truth-about-prediabetes.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov
    %2Ffeatures%2Fdiabetesprevention%2Findex.html.
  3. International Diabetes Federation. 2020. Malaysia: Diabetes Report 2010 – 2045. https://www.diabetesatlas.org/data/en/country/
    120/my.html.
  4. National Institutes of Health (NIH). 2018. National Health and Morbidity Survey 2019. Ministry of Health Malaysia. http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/
    REPORT/NHMS2019/Infographic_Booklet_
    NHMS_2019-English.pdf.
  5. Mayo Clinic. 2020. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prediabetes/symptoms-causes/syc-20355278#:~:text=Your%20risk%20of%
    20prediabetes%20increases,more%20likely%20to%
    20develop%20prediabetes.
  6. American Association of Clinical Endocrinologists. 2019. Management of Prediabetes. https://www.aace.com/disease-state-resources/diabetes/depth-information/
    management-prediabetes.
  7. American Diabetes Association. 2020. With prediabetes, action is the best medicine. https://www.diabetes.org/diabetes-risk/prediabetes.

*Apabila membaca Laman Web ini, ingatlah bahawa maklumat yang terkandung di dalam ini adalah untuk tujuan rujukan umum sahaja. Kandungannya tidak harus untuk digunakan sebagai pengganti nasihat pakar penjagaan kesihatan profesional. Anda hendaklah merujuk pakar penjagaan kesihatan profesional untuk maklumat atau perbincangan lanjut tentang sebarang masalah atau perkara tertentu yang terkandung dalam maklumat yang disediakan di sini sebelum mengambil sebarang tindakan.